Food, glorious food, Ice Age lyrics
Saturday, April 15, 2006
Perjalan

Sebuah perjalanan yang panjang akhirnya akan bernoktah di sini. Dulu ketika menghadapi hari-hari terakhir di Universiti Malaya, aku berada di Dewan Peperiksaan lama dari biasa. Walaupun kertas itu dikira mudah, soalan objektif lah katakan boleh tembak ajer..aku berada di dalam dewan itu hingga saat-saat terakhir masa berakhir. Motivasinya hanya satu, aku mahu berada lama di dewan itu kerna aku tahu, itulah kali terakhir aku menduduki peperiksaan….tanpa sedar air mata mengalir..

 

Esok, peperiksaan terakhir ku disini. Insya Allah yang terakhir sebagai pelajar di UNiversiti Teknologi Malaysia pula. Perasaan bercampur baur. Sedih dan sayu silih ga berganti. Aku lah manusia terakhir akan menamatkannya dalam generasi itu. Enn, yat, june, generasi yang telah menghabiskannya.

 

Dalam lambat, biar tak terus terlambat….. dalam sayu, jangan terus merindu…

 

Musim luruh itu kembali enn, walau tidak di bawa bersama bunga-bunga sakura sepanjang jalan permulaan utm, namun aku tahu bunga itu sentiasa menunggu bila aku kembali mendapatkan apa yang aku dambakan.

 

Buat Ateh.. perjalanan aku sudah tamat tetapi perjalanan yang jauh sudah bermula…..


Posted at 01:20 pm by beemok
Comment (1)  

Monday, December 19, 2005
Noktah, Koma dan Seruan

Sudah lama tidak bersuara

 

Hai…dah lama tak menulis kat blog. Sebenarnya takder berita baru atau yang lebih penting tiada berita mengembirakan yang ingin diwarkan. Cuma, menjadi sorang badut tugas aku hari ini. Menjaga hati semua pihak hingga diri tidak tahu di mana hujungnya.

 

Yeap….aku juga bukan superman kalu orang lain boleh menuturkan perkara yang sama. Banyak pihak yang perlu dijaga hatinya tapi hati sendiri…sendiri jagalah..hehe. seronok diperkatakan tapi adalah seronok utk menerima?

 

Perjalanan yang singkat ini perlu difikirkan baik dan buruknya. Noktah yang dicari adakah itu yang dicari selama ini. Jenis noktah apakah yang kita mahukan? Atau sekadar tanda koma atau tanda seruan. Smua nya terletak di tangan masing2. aku ulangi semuanya terletak di tangan masing-masing. Dan aku ingatkan… ianya terpulang kepada aku. Aku blum menoktahkah semua tetapi mungkin ada tanda koma dan se ruan disana sini.

 

Menjadi seorang anak, seorang kekasih dan seorang bakal menantu tidak seindah yang diharapkan. Perlu memenuhi keperluan mereka setiap masa. Tetapi jika tersalah langkah..nah kamu tidak akan di maafkan sampai bila2.

 

Salam dihulur kala berjumpa, menghormati golongan yang lebih tua, tetapi jika tangan itu tidak disambut dikala semua mata bertumpu kepada kita? Apakah yang perlu dilakukan? Tersenyum sumbing? Buat2 tak tahu? Atau  terus menangis dalam bilik air yang berdekatan? Jawapannya… bgi aku pergi kebilik air adalah jalan terbaik, sebab orang tak tahu kita menangis atau kita buat apa… mungkin kita ke bilik air sebab nak melepaskan hajat panggilan alam. Ermmmm

 

Sabtu ada kenduri pertunangan anak sedara mama di melaka dan ahad di rumah alumni, majlis menyambut menantu lobo. Thaniah utk mereka. Aku ? bila lagi? Jangan risau. Sebab nya aku pun tak tahu bila mahu menoktahkan segalanya. Dan adakah noktah itu yang harus aku pilih? Selagi ada masa. Selagi itu aku rasa belum terlambat utk memilih noktah yang akan ku pilih,


Posted at 05:20 pm by beemok
Komen jangan tak komen  

Friday, September 09, 2005
bidadari

Bidadari

 

Kembalilah bidadariku

Ku amat merinduimu

Duduk disamping

Kurasa ingin kau bersama ku

Jika ku patahkan sayapmu

Kau akan sentiasa disampingku

Tetatpi kau akan sakit dan terus mati

Terus terbang bidadariku

Jika kau letih dan ingin pulang

Ku senangtiasa menantimu

 

Hehek ini sajak bukan aku yang tulis tapi amir yang tulis semalam. Hahaha jiawang jugak dia eh, ingat takder hati…..apapun best gak sajak ni

 

Teringat lak satu sajak ni

 

When we were together

Live and love forever

Hope u know

Coz u luv u so much

 

Sajak ni lak ditulis oleh seseorang dari masa silam. Bila diamati dua sajak nih. Aku rasa aku dapat baca perangai orang yang menulis dan memang aku kenali kedua2nya mendalam. Hehek jangan marah ateh. Tapi sajak “bidadari tuh” lebih kepada kerinduan dan nak kan aku berjaya. Sayang ateh mokkkk

 

CIk Rahim

 

Semalam aku jumper cik rahim. Pinjam buku pasal morfologi bandar, baik giler dia, siap ajar sikit macam mana nak buat. Cik rahim bagi beberapa buah buku pasal tuh. Dan ajar aku sikit2. saying cik rahim. Pastu dapat sms dari dr zaly. Semalam aku sms dr zaly kata keadaan aku dengan ayah syed macam ok

 

“alhamdulliah lega dengar. Harap semuanya ok lepas ni”

 

Aku duk print semu asig ayah syed yang aku buat pembetulan. Erm entahlah aku rasa dia tak penah baca pun asig aku tuh. Tapi kena simpan sebab dr zaly akta kalu result tak elok gak nak buat panel penilai.

 

Seseorang

 

Minggu lepas ada seseorang datang kat kolej ni, tapi tak masuk pun bilik aku, jkadang2 pelik dengan manusia, budak buat perangai buruk macam tuh pu  masih dianggap baik. Teringat pesanan seorang kawan, jangan duk baik sangat dengan lkawan, ya aku dulu pernah jadi camtuh. Siap merempat kat bilik orang tapi apa aku dapat? Takperlah sapalah aku.


Posted at 02:35 pm by beemok
Komen jangan tak komen  

Thursday, September 08, 2005
berita baik ke buruk?

Hari nih jumper ayah syed. Dia leh cakap aku tak hantar asig dan dia tak jumper asig aku tuh. Geram pun ada gak ler. Pastu mintak tolong Sli tgk kan. Sli kata ada dia simpankan. So aku tunggu kat bawah sambil melukis. Alih jumper lak DR Zaly. Dr zaly Tanya nana camner tak nak buat thesis ker. Aku cakap camner saya nak buat? Kalu dah asig ayah syed nih saya buat hari2. sampai dari tak pandai luksi saya pandai lukis. Aku jugak cerita camner keadaan kelas dulu. Camner ada student dapat A leh tolak ke A- kalu pelajar melayu dan pelajar bukan malay leh dapat B- ke B atau apa2 yang kita tak tahu. Kuasa terletak atas tangan pensyarah yang makan dek bodek. Sambil nangis. Hehek dr zalypun tgk lah wajah ku yang menangis dan kelihatan sangat ayu. Adoiiii ler.

 

So dalam kul 5 sli sampai. Aku pun gi bilik ayah syed, alih2 lak ayah syed buat tak layan. Aku dah bengang ler. Pastu sli ajak gi makan dengan ayah syed. Ayah syed pun makan sama dengan aku ler. Makan pisang goreng! Alamak mana ada student perempuan selain aku yang makand engan ayah syed!! So masa tuh ayah syed cakap sli akan bagi aku asig satu algi. Senang lah kerja. Harap2 paper nih sekurangnya dapat Bt.

 

Cuma skrg aku rasa cam nak balik rumah ajer. Ingat mak. Tadi abg rudy Tanya aku sihat ke tak? Akuc akap aku demam. Call rumah mak. Pastu call abg rudy! Hamper 3 tahun utk habiskan master!! Macam orang nak buat phd! Dr zaly cakap dia buat phd dalam masa 2 tahun! Wow pandai giler mamat tuh.

 

Hehek aku tak tahu ler camner hidup ni


Posted at 01:54 am by beemok
Comment (1)  

Wednesday, September 07, 2005
mengapapa ku harus begini

Dalam lama tak menulis. Hari ni tiba2 tergerak hati nak menulis lak..hehek.. tah lah aku nih rasanya tak punyai nasib yang baik cam kawan2 aku yang lain. Macam2 al ebrlaku semester nih. Dua paper rasa cam lebih dari 20 kt. Sem nih gak menyaksikan aku berkampung kat tepi tangga ayah syed. Menangis kat situ, makan biskut kat situ semata-mata nak tunggu ayah syed. Takperlah mungkin nih nasib aku dan seperti biasa, ia bukan kesalahan orang lain. Kesalahan aku jugak lah kot. Entahlah kita pelajar ajer.

 

1st proposal aku kena kick. Erm entahlah pasal apa kena kick tapi paling best aku pun kick kan penyelia aku tuh, si tua botak tak sedar diri nak mampus. Bengong apa tah.

 

Ayah syed… sebenarnya aku makin menyukai paper nih. Dan makin menyayangi pensyarah ni. Mungkin aku ajer tak pandai ambik hati dia. Hari ni aku kuar dengan ayah syed makan goreng pisang. Jangan mare ya…hehek 0rang lain mana ada peluang camnih.

 

Kat mesyuarat dr zaly cakap bising pasal flora!! Pasal dia tak datang kelas dan pasal dia macam tak nak belajar. Emmm entahlah kesian gak walau aku ebngang dengan dia.

 

Pada kawan2 yang konvo hari tuh tahniah. Bangga dengan korang walau aku rasa sedih sebab tak dapat gred sama korang terutama dengan anne, maaflah aku tak dapat beli bunga besar2 utk korang semua sebab aku soru pun lari sekarang.

 

Dah lama tak balik kelantan. Hari tuh aku balik rumah kakak aku ajer. Tapi sejak akhir2 ini aku mula teringatkan mak aku. Mak kesayangan aku. Teringat masa aku susah belajar dulu mak selalu kejutkan bangun pukul 4 tuk study atau solat hajat. Sekarang semua kena buat sendiri. walau mak lumpuh dulu bulej jugak mengadu dengan mak kalu ada masalah. Ingat masa darjah 4 aku balik menangis sebab orang cakap aku takder ayah. Ayah aku dah meninggal masa tuh.

 

Menangis lah pulak….


Posted at 07:20 pm by beemok
Komen jangan tak komen  

Tuesday, June 28, 2005
hehe

Hehe

 

Sory kawan2..aku tak sempat nak update blog sebab kat kampong takder line ler beb. Aku baru balik dari JB.. uruskan asrama dan juga penyelia thesis. Jangan terkejut aku kataka penyelia aku dalah Dr Abdullah. Aku terpaksa pilih dia ada tajuk dan sedia membantu. Jangan rungsing..pandaii2lah aku jaga diri…

 

Sm depan tinggal thesis dan paper ayah syed. Harap setakat sem depan ajer sebab aku dah tak alrat nak duk sini lagi.dengan kawan2 semua takder. Tka nak aku..cuti sem aku duk JB pun aku rasa cam sunyi giler..nasib baik sem depan ada geng ina..leh aku tumpang..

 

22 june lepas adalah hari lahir aku..dah tuooo dah 26 tahun. Orang lain dah ad akerja dan family aku maih disini. Tapi takper..aku ada matlamat sendiri..mungkin aku akan leboh baik dari mereka semua..huhuhu

 

K lah,……undi mawi k


Posted at 02:06 am by beemok
Comments (2)  

Thursday, May 05, 2005
-PAMERAN BUKU PWTC

Wah,,,sepuluh hari kerja kat Kedai Buku UNIK pameran buku pwtc, sungguh meletihkan. Aku kerja dengan semua kawan cina..teermasuk 2 orang budak part time melayu. Apa ayat yang paliang sesuai? Letih tapi seronok. Bila hari sabtu dah ahad lagi seronok sebab ramai orang dan kurang rasa letih. Tapi biasalah pelanggan ada banyak ragam. Sombong tak payah kata ler, yang melayu tak reti cakap melayupun ada. Ada budak tuh dari sekolah rendah agama (swasta), tak perlulah aku sebut kang tak pasal2 kena saman lak, tak pandai cakap melayu langsung. erk, dia duk kat mana? Negara eropah ker sampai cakap bahasa melayu pun tak reti. Aku bukan apa, kita duk kat Malaysia, bahasa melayu adalah bahasa rasmi, kenapa dia tak reti cakap bahasa melayu?

 

Ada sorang ayah budak tuh lagi best, adalah kawan aku cina promote dia beli buku bahasa arab darjah satu, ko tahu apa jawapan orang tuh, anak saya tak belajar bahasa arab, I nak dia belajar BI sebab nanti dia nak pergi UK. Aku cam terkejut pun ada dengan jawapan tuh. Tak nak beli dah ler, tak payah nak malukan umat islam dengan jawapan bodoh macam tuh. Bahasa Arab adalah bahasa syurga, so jangan rendahkan nilai bahasa Arab tuh

 

Ada jugak parents yang berkira nak beli buku. Ada yang tak…beli ajer utk puaskan hati anak. Paling menyentuh hati satu hari tuh, kakak tuh bawak ler anak dia beli buku, anak dia ni dia cakap otak dia slow dan baca buku masih merangkak. Lepas tuh. Aku cakap dengan kakak tuh, jangan takut sebab kadang2 perkembangan anak2 nih kadang2 lambat. Macam saya pandai baca buku masa darjah 4 ajer. Tapi seakarang saya tinggal satu sem ajer nak habiskan master saya. So kakak tuh cakap mungkin anak dia pun akan jadi cam aku…bila besar terror ler..huhuuh….insyaALlah aku cakap…untuk menyejukkan hati seorang ibu yang rungsing.

 

Sepuluh hari kerja banyak pengalaman aku timpa..ada kawan sekerja aku yang pandai giler, doctor beb…tapi suka mencuri…apa dalam kepala budak tuh aku pun tak pasti.rakan sekerja cina yang gigih…aku suka perhati cara mereka buat sell dan aku tiru cara dia orang tuh,,,hehe…tapi dia orang nih smart ajer,…hari2 pakai kemeja…handsome..ada ler aku berkenan dengan sorang tuh..tapi aku lupa lak nama dia apa. Yang pasti, aku nih ada hati jugakler dengan lelaki cina..tapi yang pembersih ler, bukan cina tak basuh berak…hehe

 

Sepanjang aku kerja gak, masa tuh ada raptai AIM, dapatlah aku tengok Gerhana Ska CInta, Zahiddddd (meraung Anne), Dina, Farah, Bob (menyampah aku dengan dia), Afdlin (baik gilos), Aziz (penaung AIM yang sentiasa sibuk), The Times, ramai lagi ler. Cuma masa CT ajer aku dapat dengar suara..dengan tiara dari luar dewan. Masa tu aku duk makan nasik lemak amir bekalkan..hehe..jangan cemburu ya.

 

Yang apsti lepas nih ada beberapa tawaran menunggu. Aku dapat offer kerja part time jual buku kat jb dan kelantan. Tengoklah camner…ok kawan2 itu ajer pengalaman aku sepanjang sepuluh hari kerja kat PWTC.. banyak kenangan manis dari pahitnya awalau bila aku bangun hari selasa, aku rasa cam badan aku dah tercabut tulangnya satu[persatu dan ditambah dnegan hidung aku terlanngar meja…sakit wehhhhhhhhhhhhhhhhh


Posted at 05:52 pm by beemok
Comments (2)  

Sunday, April 17, 2005
persimpangan

Kadang-kadang hati sering tertanya, apakah kedudukan kita dibumi Allah yang luas ini. Erm,, persoalan berat yang susah diungkapkan, dalam ruang yang lebih mikro, siapakah kita disisi orang dikeliling kita. Setelah lama hidup bersama, atau setelah lama kita rasakan sesebuah hubungan, adakah kita diiktiraf sekurang-kurang sebagai ahli keluarga. Persoalan itu mungkin berlegar di dalam fikiran kita walau tidak memikirkan dalam keadaan yang serius tapi tiap kali pasti persoalan itu pasti singgah

 

Susah untuk meluahkan perasaan, bak kata orang kita hati mati atau  ikut rasa binasa. Betullah tuh, aku pun susah nak meluahkannya pada orang luar. Erm..bak kata anne hidup perlu diteruskan, namun bagaimanakah nak meneruskannya.

 

Air mata makin mengalir, mungkin teringatkan ibu dikampung atau teringatkan orang yang boleh dianggap saudara. Aku rasa, jika aku masih ada ayah dan ibu yang sempurna, perjalanan hidup pasti lebih berlainan. Dalam kerterpayahan ini, hidup aku masih mampu menghabiskan degree dan sekarang menuju utk habiskan master aku, bayangkan jika aku masih ada dua ibu bapa, mesti lebih baik dari ini sebab aku tahu sapa aku dan bagaimana daya usaha aku sendiri.

 

Kadang2 dalam kehidupan, kita terasa kita telah berpaut pada dahan yang tahan, pada pokok yang merimbun utk berteduh, tapi jika di amati, kita tidak boleh berpaut pada dahan itu bahkan tak boleh menumpang berteduh. Kerana, pokok itu ada anak2nya, atau ada dahan2 yang baru tumbuh yang perlu diberi perhatian sewajarnya berbanding kita yag boleh dipanggil sebagai ‘ orang luar ‘.

 

Bila terjadi keadaan begitu, kepada siapa kita mahu pergi, kepada keluarga mungkin. Ya, kepada keluarga sendiri yang sebenarnya memang menyayanggi kita dengan caranya sendiri. Mana ada keluarga yang sempurna, terimalah keluarga kita seadanya. Kerana walau busuk macam mana kita pun, pintu mereka sentiasa terbuka utk kita…

 

Merenungi di persimpangan


Posted at 03:50 am by beemok
Komen jangan tak komen  

Saturday, April 16, 2005
biasa aje

Semalam aku keluar dengan anne. Seronok rasanya walau sekejap. Hari ni kembali seperti sedia kala. Aku sekrg masih di utm, menyiapkan proposal…hehe walaulpun proposal aku tak nampak bayang.

 

Esok, rakan2 aku, cik annuar dan cik Douglas akan menghadiri majlis konvo mereka. Aku bukan tak nak pergi, tapi aku malu, aku tak habis belajar lagi…

 

Tak tahu apa nak cerita lagi…kehidupan seperti biasa, Cuma beberapa hari lalu ada seorang kawan menitipkan salam dari seorang teman. Persoalannya kenapa salam itu tidak diberikan kepada aku terus oleh orang berkenaan? Mungkin no aku telah dideletenya. Hehe..apa2pun kepada mereka yang ingin memohon maaf dan menghalalkan makan minum, apa kata berhubung dgn no k uterus atau tak payah memohon apa2 dariku sebab seperti kamu tahu, aku tak kisahpun. Hidup perlu diteruskan.

 

Ada satu sem lagi, aku kantoi paper ayah syed lagi, kalu tak tinggal tesis ajer sem depan. Takperlah,, ada ler tu ganjaran kemudian hari. Tesis aku mungkin berkait dengan ombak dan kerjasama dengan fakulti geo..

 

Takder cerita baru, kemarahan aku dengan master studio dah mula reda walau aku tak puas hati. Ya pensyarah sentiasa betul,,adakah betul? Entah, ada pensyarah tak nak jadi penyelia aku sebab katanya aku tak sporting. Erm..sporting yang macam mana tu? Ermmm pikirlah sendiri.

 

Chow…..

 


Posted at 06:34 pm by beemok
Komen jangan tak komen  

Friday, April 01, 2005
PERpisahan

L setiap yang bermula pasti akan berakhir, bergitu juga dengan musim bunga di UTM, esok.. seorang demi seorang akan meninggalkan UTM. Tak pernah rasa sesedih ini, dulu kat UM, lepas habis belajar habislah, bungkus barang pastu belah, tapi sekarang baru aku tahu sakitnya sebuah perpisahan.

 

Mungkin kerana aku yang ditinggalkan dan bukan yang meninggalkan. Lepas ni, berseorang lah aku dalam mengharungi hidup kat UTM yang penuh dengan kotoran! Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan dalam mengharunginya.

 

Buat teman2 yang telah menamatkan pengajian, tahniah. Semoga kita berjumpa lagi dilain waktu. Harap persahabatan yang terbina akan diingat sampai keakhir hayat. Aku cuba membuang kisah sedih yang berlaku antara kita semua, namun air mata ini masih jua mahu mengalir. Peritnya sebuah perpisahan..

 

Buat Anne, semusim perkenalan ini, terasa seperti telah lama kita mengikat kasih. Esok che enn takder lagi, entah bila lagi ktia dapat berjumpa. Dan situasi selepas ini tidak mungkin sama dengan sekrg.

 

Buat teman-teman lain, tahniah dan semoga kejayaan hari ini dijadikan lonjakan pradigma anda.

 

Yat, tahniah, akhirnya habis dah kau belajar, semoga berjaya dengan cita-cita yang diimpikan dan semoga satu hari nanti, aku dapat menghadiri majlis perkahwinan kau.

 

Buat Ila, jangan lah duk layukan mata tuh, hehe. Semoga jadi isteri solehah satu hari nanti.

 

Yati, tabahkan lah hati dalam mengharungi hidup ini, aku tahu apa didalam hati mung sekarang. Anggaplah ia sebuah mimpi indah yang akan kita kecapi lagi satu hari nanti.

 

Wanie, kakak yang sangat lembut, maaflah nana nih kasar orangnya, walau hubungan kita tak rapat, nana tahu kak wanie adalah orang istimewa yang penuh dengan kelembutan dan rendah diri.

 

Elie, kita jarang berjumpa, tapi nana tahu mung nih brutal jugak orangnya. Tabahkan lah hati harungi hidup k.

 

Ita, semoga berjaya dalam hidup.

 

Rasanya semua dah ada dalam senarai salam sayonara nih, ingatlah aku dalam hidup kalian. Sedihnya nak meneruskan ayat. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan kejayaan dalam hidup. Kamu bukannya pelajar yang tamat degree, tapi master!.. banggalah dengan diri anda!

 

Bye

With love-beemok

 

 

 

 


Posted at 10:59 pm by beemok
Comments (6)  


Next Page



   
:-Kehidupan Baru-:

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Graphics by Katalog Anime

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Winter Drama